Mayat kanak-kanak Orang Asli lemas ditemukan selepas 20 jam hilang

Mayat kanak-kanak Orang Asli lemas ditemukan selepas 20 jam hilang

MAYAT Syamely Nur Aleh Qarni Sham dijumpai tersangkut pada dahan kayu di dalam dasar Sungai Brooke di RPS Kuala Betis di Gua Musang, Kelantan hari ini.UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Mayat kanak-kanak perempuan Orang Asli suku kaum Temuan ditemui tersangkut pada dahan kayu di dasar Sungai Brooke, di sini hari ini selepas kira-kira 20 jam hilang dihanyutkan arus sungai.

Mangsa, Syamely Nur Aleh Qarni Sham, 7, dijumpai oleh penduduk kampung Orang Asli pada pukul 12.05 tengah hari kira-kira 1.8 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang. 

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, mayat mangsa ditemui dalam keadaan sempurna. 

Menurutnya, mayat kanak-kanak itu telah dibawa naik ke darat dengan bantuan anggota penyelamat. 

“Mangsa dijumpai tersangkut pasa dahan kayu di dasar sungai dan berada dalam keadaan sempurna oleh penduduk kampung yang turut menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR). 

“Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Gua Musang untuk proses bedah siasat,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gua Musang, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Nor Azizi Che Noh berkata, operasi SAR menggunakan teknik pencarian di permukaan air bersama Unit Skuba Bomba dan Unit Anjing Pengesan (K9) di persisiran sungai bermula pada pukul 9.27 pagi. 

Katanya, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis pada pukul 12.18 tengah hari dan operasi ditamatkan pada pukul 12.30 tengah hari. 

Utusan Online semalam melaporkan, seorang kanak-kanak perempuan Orang Asli berusia tujuh tahun dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus Sungai Nenggiri semasa sedang mandi bersama ahli keluarganya di Kampung Setawar, Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Kuala Betis di sini semalam-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN