Mayat Hafiz Nursalam ditemukan satu kilometer dari pantai - Utusan Malaysia

Mayat Hafiz Nursalam ditemukan satu kilometer dari pantai

MAYAT Hafiz Nursalam Ahmad yang hilang ketika mencari kerang di Pantai Tenglu Laut, Mersing ditemukan kira-kira satu kilometer dari pantai.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MERSING: Mayat pemuda yang hilang ketika mencari kerang di Pantai Tenglu Laut, dekat sini  ditemukan penduduk kampung kira-kira satu kilometer dari tepi pantai petang semalam.

Mayat Hafiz Nursalam Ahmad, 21,  ditemukan pada pukul 6.36 petang dan kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mersing, Penolong Penguasa Bomba Abdul Muiz Mukhtar berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa itu turut melibatkan Unit Dron Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor. 

“Mayat mangsa telah dijumpai oleh orang kampung pada jarak satu kilometer dari tepi pantai dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

 Operasi ditamatkan pada pukul 7.22 petang,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Mersing, Superintenden Abdul Razak Abdullah Sani ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat mangsa yang dilaporkan hilang sejak kelmarin.

Katanya, siasatan awal mendapati punca kematian adalah akibat lemas dan mayatnya dibawa ke Hospital Mersing untuk bedah siasat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN