KUALA PILAH: Sekumpulan mahasiswa kelahiran Negeri Sembilan dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) merealisasikan hasrat mereka untuk memberikan bakti kepada negeri sendiri menerusi Program Siswa Noghori Turun Padang. Program anjuran Sekretariat Mahasiswa Anak Negeri Sembilan (Semanis) UTM telah diadakan selama tiga hari bermula Khamis lalu yang turut mendapat kerjasama dari pihak Yayasan Negeri Sembilan (YNS) dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Terusan dan Masjid Kariah Kampung Terusan di sini.…










