JOHOR BAHRU: Lima ahli keluarga suspek yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram, di sini bulan lalu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas sembilan pertuduhan berkaitan ideologi keganasan. Kesemua tertuduh, Radin Imran Radin Mohd. Yassin, 62,Radin Romyullah Radin Imran, 34, Rosna Jantan, 59, Farhah Sobrina Radin Imran, 23, dan Mariah Radin Imran, 19, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Datuk Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim.…