SEREMBAN: Seorang pemandu lori kontena yang membawa muatan tiub tembaga penyaman udara maut selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 268.3 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah selatan di antara Nilai ke Bandar Ainsdale di sini petang tadi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nilai, Bakarya Mohd. Salleh berkata, pihaknya terus ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat pada pukul 5.39 petang. Menurutnya, setiba di lokasi mendapati kemalangan melibatkan sebuah lori kontena terbabas dan…










