JEMPOL: Seorang lelaki yang dipercayai membunuh ibunya sendiri dalam kejadian di Bahau, di sini, semalam direman selama tujuh hari bermula hari ini. Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, perintah tahanan reman dikeluarkan Majistret Norshazwani Ishak di Mahkamah Majistret Bahau selepas membenarkan permohonan polis. Majistret menetapkan suspek berusia 33 tahun itu direman selama tujuh hari bermula hari ini hingga 2 Julai depan. Semalam, media melaporkan seorang wanita warga…