Lelaki dipercayai lemas terjatuh di Sungai Benut

Lelaki dipercayai lemas terjatuh di Sungai Benut

OPERASI SAR mencari seorang lelaki yang dipercayai lemas akibat terjatuh di Sungai Benut, Pontian.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Seorang lelaki dipercayai lemas akibat terjatuh ke dalam Sungai Benut, dekat sini dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa berusia 52 tahun dilakukan mulai pukul 11 pagi susulan penemuan motosikal miliknya berhampiran sungai tersebut.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Mohammad Shofee Tayib berkata, mangsa  keluar dari rumahnya di Taman Dato’ Hajjah Fatimah Salim pada petamg semalam.

“Isteri mangsa membuat  laporan polis pada pukul 9.04 pagi ini, mengesyaki suaminya  telah terjatuh ke sungai berdasarkan penemuan motosikal jenis Honda Wave dengan nombor pendaftaran JUY 4162 di tepi Sungai Benut.

“Mangsa merupakan orang kurang upaya (OKU) berdasarkan laporan yang dibuat oleh isterinya, iaitu tempang kaki sebelah kanan,” katanya ketika dihubungi di sini.

Operasi SAR melibatkan 18 anggota dan tiga pegawai terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Marin Wilayah Kukup dilakukan di sepanjang Sungai Benui serta turut disertai oleh nelayan tempatan.

Sementara itu, Komander Operasi, Penolong Penguasa Bomba, Azhar Abd. Jalil dari Balai Bomba dan Penyelamat Pontian berkata, pihaknya turut mendapatkan bantuan daripada Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Zon 1 bagi pencarian di dasar dan pesisiran sungai. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN