SEREMBAN: Individu yang didiagnosis autisme mempunyai peluang untuk sembuh dan dapat berdikari seperti individu normal lain sekiranya mereka diberikan intervensi lebih awal. Pengerusi Pertubuhan Guru, Ibu Bapa dan Anak Berkeperluan Khas Negeri Sembilan, Habsah Yusof berkata, program intervensi awal (EIP) yang dilaksanakan termasuk pengetahuan mengenai diet, terapi dan penggunaan suplemen kesihatan. Menurut beliau, banyak kes di luar negara di mana kanak-kanak autisme dapat sembuh, seterusnya berjaya sehingga mempunyai kerjaya yang…










