GAZA: Sekurang-kurangnya 10 ahli keluarga pemimpin paling kanan Hamas, Ismail Haniyeh terbunuh dalam serangan udara Israel di kediaman mereka di kem pelarian Beach, bandar Gaza, hari ini. Menurut sumber perubatan, kakak Haniyeh antara yang turut terkorban dalam serangan tersebut, lapor agensi berita Anadolu. Pada April lalu, Haniyeh kehilangan tiga anak lelakinya dalam serangan udara Israel yang mengenai kereta mereka di kem Beach. Serangan udara Israel yang lain menyasarkan dua sekolah…