JAKIM saran masjid teroka AI

JAKIM saran masjid teroka AI

SIRAJUDDIN SUHAIMEE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyarankan institusi masjid di negara ini supaya meneroka dan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (Al) dalam membantu memperkasakan lagi aspek pengurusan rumah ibadah itu.

Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jakim Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee berkata, kepantasan teknologi maklumat hari ini menuntut institusi berkenaan menyediakan pelbagai kemudahan dan platform bagi mendekatkan lagi jemaah dengan masjid.

Menurutnya, penggunaan teknologi AI besar kemungkinan dapat direalisasikan dalam tempoh satu hingga dua tahun lagi.

“Walaupun masih dalam peringkat perbincangan, namun tidak dinafikan masjid sudah mengalami evolusi dan dinamika peranannya yang pelbagai dengan sesuai mengikut zaman. 

“Oleh itu, selepas ini saya sarankan semua pihak masjid dapat menggunakan teknologi AI tersebut,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Konvensyen Masjid Nusantara Tahun 2024 di sini semalam.

Perasmian penutupan konvensyen itu disempurnakan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz.

Sirajuddin memberitahu, perkembangan itu perlu terus diperkemaskan sejajar dengan hasrat kerajaan mahu mendigitalkan penyampaian perkhidmatan.

“Sebagai contoh penggunaan AI di masjid dapat mengimbas muka kehadiran kariah dan pangkalan data untuk pengagihan sumbangan.

“Sudah tiba masanya untuk institusi masjid di negara ini meneroka teknologi AI ini seperti lawatan masjid secara maya dan penyimpanan data ahli kariah,” ujarnya.

Sirajuddin berkata, Jakim percaya masjid-masjid di nusantara mampu menjadi pencetus kepada aplikasi teknologi AI dan tambahan pula, ramai para Imam sekarang yang terdiri daripada orang muda dan sudah pasti lebih banyak berinteraksi dengan teknologi.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×