Indonesia ancam tutup X kerana kandungan lucah - Utusan Malaysia

Indonesia ancam tutup X kerana kandungan lucah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Indonesia bersedia untuk menutup platform media sosial X jika ia tidak mematuhi peraturan yang menghalang kandungan lucah.

Menteri Komunikasi dan Informasi, Budi Arie Setiadi berkata, beliau sudah menghantar surat amaran kepada X berkaitan perkara tersebut.

“Kami pasti akan menutup perkhidmatannya,” katanya sambil merujuk kepada undang-undang maklumat dan transaksi elektronik (ITE) Indonesia, yang boleh membawa kepada hukuman penjara enam tahun jika seseorang menyebarkan kandungan lucah.

Kenyataan itu dibuat selepas platform media sosial itu, mengemas kini dasarnya untuk membenarkan kandungan dewasa yang dihasilkan secara persetujuan.

X, yang dimiliki oleh jutawan Elon Musk, bagaimanapun, tidak menjawab surat amaran Indonesia.

Budi menegaskan pemerintah Indonesia akan menghantar lebih banyak surat sebelum memutuskan kemungkinan penutupan platform media sosial itu.

X sebelum ini dikenali sebagai Twitter juga tidak mengeluarkan sebarang kenyataan sebagai menjawab permintaan Reuters yang meminta penjelasan lanjut.

Negara yang mempunyai majoriti penduduk Islam terbesar di dunia itu, mempunyai peraturan ketat yang melarang perkongsian kandungan dalam talian yang dianggap lucah. -REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN