PETALING JAYA : Sebanyak 485 kes kehilangan duit di dalam akaun bank telah direkodkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) membabitkan kerugian RM 35.01 juta dalam tempoh tiga tahun sejak 2022 sehingga 15 Jun lalu. Daripada jumlah itu, terdapat peningkatan jumlah kehilangan wang di dalam bank direkodkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman pada enam bulan tahun ini apabila sebanyak 65 kes dilaporkan sejak Januari lalu sehingga 15 Jun lalu dengan…










