BOGOTA: Colombia semalam mengumumkan akan menggantung eksport arang batu ke Israel selagi Israel meneruskan perang ke atas Gaza. “Kami akan menangguhkan eksport arang batu ke Israel sehingga pembunuhan beramai-ramai dihentikan,” kata Presiden Colombia, Gustavo Petro di X. Mei lalu, Petro yang menyifatkan kempen Israel di Gaza sebagai genosid mengumumkan Colombia akan memutuskan hubungan dengan Israel dan membuka kedutaan di wilayah Palestin, Ramallah. Beliau berkata, Colombia juga akan menghentikan pembelian senjata…










