PETALING JAYA: Pendedahan pendidikan kewangan serta penguatkuasaan oleh pihak berkuasa dapat membantu masyarakat daripada terus terjerat dengan skim pelaburan palsu. Pensyarah Sekolah Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Lee Chin berkata, pihak berkuasa dan institusi kewangan perlu meningkatkan usaha memberikan pendidikan kewangan kepada masyarakat. Katanya, program pendidikan kewangan boleh dijalankan di sekolah, universiti, dan juga kempen awam yang mudah diakses oleh semua lapisan masyarakat. Pihak berkuasa…