KUALA PILAH: Seekor ular sawa sepanjang lima meter dengan anggaran berat 90 kilogram berjaya ditangkap anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kuala Pilah di Kampung Guntur, Batu Kikir di sini hari ini. Pegawai APM Daerah Kuala Pilah, Lt. (PA) Mohamad Ghazali Abd. Rahim berkata, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan dari orang awam menyatakan terdapat kehadiran seekor ular di dalam reban ayam. Menurutnya, susulan itu, pada pukul 7.27 pagi, seramai tiga orang…










