HARI penamaan calon sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap kelmarin berlalu tenang tanpa provokasi kedua-dua penyokong sama ada Pakatan Harapan (PH) mahupun Perikatan Nasional (PN). Bermula malam kelmarin, kedua-dua pihak mula berkempen sehingga tengah malam sebelum hari pembuangan undi pada 6 Julai depan. Baik PH atau PN, gerak kerja bagi menghadapi pilihan raya ini sebenarnya telah bermula sejak nama kedua-dua calon diumumkan oleh…