Ahli Parlimen Bachok dakwa kenaikan harga diesel cetus gelombang baharu inflasi

Ahli Parlimen Bachok dakwa kenaikan harga diesel cetus gelombang baharu inflasi

MOHD. SYAHIR SULAIMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Ahli Parlimen Bachok Mohd. Syahir Sulaiman mendakwa kenaikan harga diesel bermula hari ini bakal mencetuskan gelombang baharu inflasi negara.

Beliau berkata, inflasi ‘tolakan-kos’ impak kenaikan diesel bukan hanya melibatkan pemilik sebaliknya ke atas setiap barangan dan perkhidmatan yang dibawa walaupun sektor pertanian dan logistik diberikan perlindungan di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 (SKDS)

“Rakyat akan terus terbeban dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup yang tinggi, walaupun dilengkapi Pangkalan Data Utama (PADU) serta Program Bantuan Subsidi Madani (Budi Madani).

“Ternyata PMX (Perdana Menteri Ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan Kerajaan Kakistokrasi ini gagal untuk meringankan beban kos sara hidup rakyat. Hakikatnya rakyat tidak bersedia untuk menghadapi situasi pertumbuhan pendapatan yang perlahan berbanding kenaikan harga barang yang melambung tinggi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Syahir memberitahu, besar kemungkinan, kenaikan harga petrol semenanjung akan menyusul pada September ini selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap yang diadakan pada Julai nanti.

“Adapun harga diesel dan petrol di Sabah dan Sarawak masih dikecualikan. Secara kebetulan, pilihan raya negeri (PRN) Sabah dan Sarawak akan diadakan pada tahun hadapan. 

“Selepas pilihan raya, bersedialah dengan 1001 kemungkinan,” ujarnya.

Media semalam melaporkan, kerajaan menetapkan harga diesel di Semenanjung pada kadar RM3.35 seliter bermula Isnin selaras dengan pelaksanaan penyelarasan semula subsidi bahan api tersebut.

Menteri Kewangan Il, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, penetapan dibuat mengikut harga pasaran tanpa subsidi berdasarkan purata bulan Mei 2024 mengikut formula ‘Automatic Pricing Mechanism’.

Menurutnya, untuk tempoh seterusnya, harga diesel semasa akan diumumkan pada setiap minggu, mengikut amalan semasa Kementerian Kewangan.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN