Agong, Permaisuri zahir penghargaan insan bergelar bapa - Utusan Malaysia

Agong, Permaisuri zahir penghargaan insan bergelar bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan penghargaan kepada insan bergelar bapa bersempena Hari Bapa yang disambut hari ini.

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menerusi Facebook, Seri Paduka Baginda bertitah bahawa Baginda menyanjung keringat serta pengorbanan semua bapa yang cekal mencari rezeki untuk keluarga.

“Saya sebagai bapa turut memahami tanggungjawab serta peranan penting seorang bapa bagi membentuk kehidupan anak-anak.

“Semoga Allah SWT juga sentiasa merahmati Almarhum ayahanda, Almarhum Sultan Iskandar dan Almarhum Paduka Sultan Seri Perak Sultan Idris Shah II,” titah Seri Paduka Baginda.

Hari Bapa disambut pada Ahad minggu ketiga bulan Jun setiap tahun bagi menghargai peranan, jasa dan pengorbanan seorang bapa yang menjadi pelindung keluarga.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×