8 maut, Israel bedil pusat agihan bantuan UNRWA

8 maut, Israel bedil pusat agihan bantuan UNRWA

RAKYAT Palestin membantu membawa keluar mayat mangsa serangan Israel di luar ibu pejabat UNRWA, di bandar Gaza.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Sekurang-kurangnya lapan rakyat Palestin maut dalam serangan udara Israel menyasarkan institut latihan yang digunakan untuk pengagihan bantuan, berhampiran bandar Gaza.

Menurut saksi, serangan memusnahkan sebahagian struktur kolej vokasional dikendalikan Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA), yang menyediakan bantuan kepada keluarga pelarian.

Seorang lagi saksi, Mohammed Tafesh berkata, beberapa orang datang ke premis itu untuk mengambil kupon bantuan, dan sebahagiannya ada yang mengisi air serta berlindung sementara di situ.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, mereka kemudian melarikan diri sejurus mendengar sesuatu jatuh di kolej vokasional itu.

“Kami mengeluarkan mayat (dari bawah runtuhan), seorang adalah peniaga minuman, seorang penjual pastri dan ada juga pengedar serta penerima kupon bantuan.

“Dianggarkan lebih empat atau lima orang meninggal dunia dan 10 orang lagi cedera,” katanya.

Kejadian itu berlaku ketika kereta kebal tentera Zionis meneruskan serangan ke selatan bandar Rafah.

Tentera Israel kini menumpukan kemaraannya di dua kawasan yang masih belum ditawan iaitu Rafah di selatan Gaza dan sekitar Deir al-Balah di bahagian tengah.

Penduduk berkata, kereta kebal Israel mara ke pinggir kem pelarian Mawasi di barat laut Rafah dalam pertempuran sengit dengan pejuang Hamas, di mana rejim Zionis meletupkan puluhan rumah, baru-baru ini.

Tentera Israel mendakwa, pasukannya meneruskan ‘operasi berasaskan perisikan bersasar’ di kawasan Rafah dan mengesan gudang senjata, terowong serta membunuh lelaki bersenjata Palestin.

Sayap bersenjata Hamas dan gerakan Jihad Islam berkata, pejuang mereka menyerang tentera Israel di Rafah dengan roket anti-kereta kebal, alat letupan dan bom mortar.

Sabtu lalu, sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan berasingan Israel di beberapa daerah utara Gaza.

Tentera Israel mendakwa pasukannya menyerang infrastruktur ketenteraan Hamas, manakala Hamas menegaskan sasaran itu adalah terhadap penduduk awam.- REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini