300 asnaf terharu terima daging korban dari BSN Kelantan

300 asnaf terharu terima daging korban dari BSN Kelantan

NORIZA Hashim (dua kiri) bersama Abdul Rahman Yunus (tengah) beramah mesra dengan salah seorang asnaf pada Program Ibadah Korban Bersama Asnaf di Komuniti Kampung Padang Bongor, Kota Bharu, Kelantan-UTUSAN/ROHANA MOHD. NAWI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kira-kira 300 asnaf dari 10 buah kampung di sini terharu selepas dipilih sebagai penerima daging korban dari Bank Simpanan Nasional (BSN) Kelantan di sini hari ini.

Kesemua mereka menerima sumbangan daging menerusi Program Ibadah Korban Bersama Asnaf di Komuniti Kampung Padang Bongor, Gong Dermin, di sini.

Pengarahnya, Noriza Hashim berkata, sebanyak lima ekor lembu disembelih pada tahun ini dan ia merupakan program julung kali diadakan oleh BSN Kelantan.

Menurutnya, perbelanjaan untuk majlis korban ini adalah hasil sumbangan yang dikumpul BSN Kelantan sejak sejak Januari lalu.

“Kesemua penerima ini adalah pelanggan BSN dan kita pilih mereka berpandukan kepada rekod sebagai penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

“Alhamdulillah, program ini mendapat kerjasama kukuh daripada pemimpin setempat iaitu penghulu,” katanya kepada pemberita pada Program Ibadah Korban Bersama Asnaf di Komuniti Kampung Padang Bongor, Gong Dermin yang turut dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Tumboh, Abdul Rahman Yunus.

Sementara itu, seorang penerima Mat Rani Daud, 67, yang hilang upaya selepas patah kaki kanan akibat kemalangan Disember tahun lalu meluahkan rasa syukur dipilih sebagai penerima sumbangan.

Katanya, dengan adanya sumbangan ini dia dan isteri serta anak dapat menikmati keenakan rasa daging segar.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×