GUA MUSANG: Seramai 15 pelajar Orang Asli Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Panggung Jaya di sini cemas apabila Toyota Hilux dinaiki mereka untuk pulang ke kampung sempena cuti persekolahan di Pos Simpor terbalik. Dalam kejadian pukul 1.37 tengah hari itu, Toyota Hilux itu dikatakan berundur ketika menaiki bukit sebelum terbalik ke cerun. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) Pos Simpor, Jamil Gabon berkata, kesemua pelajar terbabit hanya luka ringan…







