Unit Pergigian jemaah haji kecil tetapi bermakna

Unit Pergigian jemaah haji kecil tetapi bermakna

DR. UMAIRAH Razali (tengah) bersama petugas unit pergigian memeriksa data pesakit.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEKAH: Meskipun bilangan mereka kecil berbanding unit perubatan lain, namun tanggungjawab yang dipikul Unit Pergigian Pusat Rawatan Tabung Haji dilaksanakan sepenuhnya.

Unit yang terdiri daripada tiga petugas ini menggunakan segala pengalaman dan penge­tahuan ke tahap maksimum ba­gi merawat pesakit dalam kalangan jemaah haji Malaysia.

Malah Pegawai Pergigian, Dr. Umairah Razali berkata, biarpun berhadapan dengan kengkangan petugas dan peralatan, unit itu tetap menawarkan hampir semua perkhidmatan rawatan pergigian yang ada di tanah air.

“Kami bertugas setiap masa dengan waktu pejabat bermula pukul 7 pagi hingga 12 tengah hari, kemudian sambung semu­la dari pukul 4.30 sampai 6.30 petang dan pukul 8 sampai 10 malam.

“Untuk waktu malam, kami perlu bersedia dengan panggilan kalau ada kes seperti trauma yang memerlukan perkhidmatan kami,” katanya kepada petugas media semalam.

Dr. Umaira diberi tanggungjawab mengetuai unit itu de­ngan dibantu Pembantu Pembedahan Pergigian, Meor Al-Hafiz Abd Halim dan Juruterapi Pergigian, Nur Syuhana Samsudin.

Beliau yang berkhidmat di Klinik Pergigian Sungai Besar di tanah air berkata, sejak klinik berkenaan dibuka seminggu yang lepas, seramai 40 jemaah datang mendapatkan rawatan dengan purata enam orang pesakit sehari.

Ditanya cabaran menyediakan perkhidmatan di Mekah, Dr. Umaira berkata, tidak ba­nyak perbezaan dibandingkan di ta­nah air.

“Bagi saya perkhidmatan di sini lebih kurang sama di Malaysia. Di sini kita utamakan rawatan kecemasan dan berdasarkan temujanji kerana kita perlu menyediakan kenderaan untuk mengambil jemaah dari maktab penginapan mereka bagi mendapatkan rawatan di sini.

“Kebanyakan jemaah datang mendapatkan rawatan disebabkan masalah tampalan gigi yang tercabut kerana makan makanan yang keras, ulser disebabkan kurang minum air selain dan khidmat cucian gigi,” katanya.

Selain itu kata, Dr.Umairah, ada juga jemaah datang ke Tanah Suci dengan keadaan gigi rosak.

“Disebabkan penat berjalan jauh, ia menambahkan sakit pada gigi dan ada juga yang demam ketika datang membuat rawatan. Apabila pemeriksaan dilakukan, kita dapati ada gigi rosak,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN