KUANTAN: Pentas dan astaka Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) Tahun 1445 Hijrah/2024 Masihi tampil dengan konsep kesenian tenunan Pahang selain struktur rangka besi yang menggambarkan layar perahu. Bercakap kepada Mingguan Malaysia, penganjur MTHQK memberitahu, bagi astaka qari dan qariah, ia dibina berkonsepkan reka bentuk tanjak. “Reka bentuk astaka berimej tanjak memberi erti hubungan rapat antara kepimpinan negara dengan al-Quran yang tidak dapat dipisahkan. “Al-Quran di atas astaka berbentuk tanjak berkenaan memberi gambaran pemimpin yang disanjungi rakyat adalah pemimpin yang sentiasa merujuk al-Quran sebagai panduan kepimpinan dan kehidupan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya