PONTIAN: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya ( MOTAC) memperuntukan RM20 juta bagi membina semula jeti masuk ke Taman Negara Johor Pulau Kukup ( TNJPK) di sini, yang tidak selamat untuk digunakan. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Tian Soon berkata, kerja-kerja penawaran tender kini sedang dilakukan melalui Perbadanan Taman Negara Johor (PTNJ ). Menurut beliau, kerajaan negeri berharap pembinaan jeti tersebut dapat disiapkan sebelum Tahun Melawat Johor 2026…