PETALING JAYA: Syarikat dan agensi di Malaysia disaran berubah dalam tempoh singkat seiring dengan perkembangan semasa. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu antara ditekankan ketika berucap mengetuai delegasi Malaysia dalam Forum Perniagaan Peringkat Tertinggi Uzbekistan-Malaysia bersama-sama pimpinan Kerajaan Uzbekistan diketuai Timbalan Perdana Menteri, Jamshid Khodjaev. Menurut beliau, syarikat dan agensi negara ini perlu belajar daripada keupayaan Uzbekistan mencetus perubahan, pemodenan dan kemajuan ekonomi dalam tempoh singkat. “Meskipun…