PETALING JAYA : Polis mengesahkan suspek pecah rumah pemain pertahanan Selangor FC, Ahmad Khuzaimi Piee, telah menggunakan kereta mewah Toyota Estima ketika melakukan jenayah itu. Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi Utusan Malaysia berkata, kenderaan yang dinaiki suspek itu bagaimanapun menggunakan nombor plat palsu. Kata beliau, pihaknya kini giat mengesan kesemua suspek terlibat dalam jenayah itu. “Siasatan masih berjalan dan keterangan tujuh individu telah diambil setakat ini,” katanya di sini. Terdahulu, sekurang-kurangnya empat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dipercayai di sekitar rumah Khuzaimi tular di media sosial…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya