BAHAGIAN Pendidikan Masyarakat, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bekerjasama dengan enam institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta menjayakan program Bual Bicara Antirasuah Angkatan Mahasiswa Antirasuah (AMAR) 2024. Kesemua 250 peserta terdiri daripada mahasiswa pelbagai jurusan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Islam Selangor (UIS), Kolej Newton, Kolej Universiti Saito dan Asian Pacific Universiti of Technology (APU). Penganjuran program bertujuan meningkatkan kesedaran dan kefahaman mahasiswa terhadap…