PETALING JAYA: Semua pihak diminta memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menyelesaikan kes yang menimpa bintang bola sepak negara, Faisal Halim.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau secara peribadi turut bersimpati dengan kejadian berkenaan.
Namun, katanya, pihaknya yakin polis sudah menjalankan siasatan yang terperinci berhubung insiden terbabit.
“Mohon sama-sama kita doakan supaya Faisal Halim lekas sembuh dan kembali semula menyarung jersi Harimau Malaya.
“Buat keluarga Faisal Halim, semoga kuat dan tabah dalam menghadapi ujian ini,” tulisnya dalam hantaran di Facebook, hari ini.
Media sebelum ini melaporkan, Faisal yang juga tonggak utama Selangor disimbah asid pekat, Ahad lepas.
Faisal yang ketika ini sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital di Shah Alam menunjukkan perkembangan positif selepas menjadi pembedahan kedua, semalam.









