JOHOR BAHRU: Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi yakin insiden yang menimpa pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Safiq Rahim tidak akan menjejaskan fokus pasukan itu untuk menjulang Piala Sumbangsih menentang Selangor, Jumaat ini. Menurut beliau, pihaknya yakin dengan kewibawaan dan kepimpinan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail yang juga merupakan pemilik JDT. “Kita memang berdoa perkara seperti ini tidak berlaku, tetapi apabila ia sudah terjadi kita perlu teruskan dan…











