Sembilan kemalangan udara sejak 2021

Sembilan kemalangan udara sejak 2021

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak sembilan kemalangan udara dilaporkan berlaku sejak 2021 termasuk melibatkan pesawat milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

Sebanyak enam helikopter dan empat pesawat ringan terlibat dalam kemalangan tersebut.

Nahas paling buruk melibatkan pertembungan dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) semasa raptai perbarisan Hari TLDM Ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut, 23 April lalu.

Selain itu, nahas jet eksekutif, Hawker Beechcraft 390 Premier 1 pada 17 Ogos tahun lalu di Elmina dekat Shah Alam yang meragut 10 nyawa termasuk Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang, Datuk Seri Johari Harun.

Pakar penerbangan berkata, pesawat ringan antara yang se­ring terbabit dalam kemalangan udara.

Terbaharu semalam. pesawat Cessna 172N Skyhawk terhempas berhampiran Felda Gunung Besout, Sungkai, Perak. Kedua-dua juruterbang dan pelatih hanya mengalami kecederaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN