PETALING JAYA: Salah faham arahan pergerakan mengalihkan kenderaan dipercayai punca seorang pemandu e-hailing didakwa diserang pengiring kepada rombongan kenamaan dalam kejadian di sebuah hotel di Brickfields dekat sini pagi semalam. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, pihaknya menerima satu laporan polis pada 1 petang semalam oleb pengadu dikatakan telah diserang oleh seorang individu yang merupakan pengiring kepada rombongan kenamaan. Katanya, kejadian tersebut berlaku disebabkan salah faham arahan…










