Risda wujudkan depo pengumpulan bantu tingkatkan harga getah

Risda wujudkan depo pengumpulan bantu tingkatkan harga getah

MANNDZRI Nasib (kanan) menurunkan tandatangan sebagai gimik perasmian Masjid As-Syakirin di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Melor, Kota Bharu, Kelantan hari ini-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) mewujudkan depo pengumpulan hasil bagi membantu meningkatkan harga jualan bahan mentah itu dipasaran sekali gus memberikan kegembiraan kepada pekebun dan penoreh.

Pengerusinya, Manndzri Nasib berkata, melalui usaha tersebut pekebun dan penoreh pendapatan lumayan berpandukan kepada harga semasa ketika ini iaitu RM4 sekilogram.

“Mengambil kira harga itu, pekebun atau penoreh yang mampu menoreh sebanyak lapan atau sembilan kali dengan keluasan antara 1.2 hingga 1.6 hektar mampu menjana pendapatan sehingga RM9,000 menggunakan keadah depo.

“Maksudnya…kita kumpulkan semua hasil, sebagai contoh ada 80 orang pekebun atau penoreh, mereka lantik seorang ketua dan jual hasil ketika harga mencecah lebih RM4,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta Masjid As-Syakirin di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Melor, di sini hari ini.

Manndzri memberitahu, Risda akan mewujudkan lebih banyak depo dalam usaha membantu pekebun dan getah menjual getah pada harga lebih baik.

Katanya, peningkatan harga yang baik mampu melonjakan lagi pengeluaran hasil.

Mengulas mengenai musim panas, Manndzri berkata, pengeluaran hasil menurun disebabkan oleh pekebun atau penoreh tidak keluar menoreh disebabkan oleh cuaca.

Katanya, bagaimanapun mereka masih boleh berbuat demikian dengan menukar waktu kerja kepada pukul 1 pagi.

“Berpandukan kepada pengalaman kita (Risda) bila panas mereka tidak keluar menoreh,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN