Rambut palsu terbesar pecah rekod dunia kedua - Utusan Malaysia

Rambut palsu terbesar pecah rekod dunia kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ABUJA: Seorang wanita Nigeria menambah rekod Guinness World Record keduanya apabila berjaya menghasilkan potongan rambut palsu yang berukuran hampir 3.6 meter. 

Helen Williams, 31, menghabiskan masa selama sebulan bagi rekaan baharu itu yang dihasilkan daripada lebih 800 bekas rambut yang terbuang.   

Rambut palsu itu mempunyai ukuran selebar 3.3 meter (11 kaki dan 11 inci), iaitu seinci lebih lebar daripada saiz Mini Cooper. 

“Sebagai pembuat rambut palsu profesional, saya tidak sabar untuk memecahkan lebih banyak rekod dalam kategori rambut palsu. 

“Saya seronok memikul tugas yang mencabar ini. Ia menjadikan saya seorang yang lebih baik dan banyak belajar perkara baharu,” katanya lapor UPI.  

Williams berkata, rambut palsu yang dihiasi dengan 1,000 kaca kristal dipamerkan di pejabatnya. 

“Saya mahu anak-anak dan cucu cicit nanti melihat rambut palsu yang panjang lebar ini. Rambut palsu itu kini menjaid sebahagian daripada sejarah,” katanya. 

Sebelum ini, wanita itu meraih rekod dunia bagi rambut palsu buatan tangan terpanjang yang mempunyai ukuran 351 meter.  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya