JOHOR BAHRU: Projek perumahan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) di Taman Seri Molek Perdana yang terbengkalai lebih 10 tahun lalu, dijadual siap dan diserahkan kepada pemilik Ogos ini. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Mohd. Jafni Md. Shukor berkata, projek `sakit’ itu melibatkan blok rumah pangsa kos sederhana rendah (blok D) dan kos rendah (blok E). Beliau berkata, kemajuan projek dalam proses akhir teknikal bagi mendapatkan Sijil Penyiapan…









