Polis nafi sahkan laporan Faisal Halim pandu Vellfire ketika disimbah asid - Utusan Malaysia

Polis nafi sahkan laporan Faisal Halim pandu Vellfire ketika disimbah asid

RAZARUDIN HUSAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:Polis Diraja Malaysia (PDRM) menegaskan tidak pernah mengesahkan laporan kenderaan dinaiki Faisal Halim adalah Toyota Vellfire sewaktu kejadian simbah asid yang menimpa penyerang Selangor FC, 5 Mei lalu.

Sebaliknya, laporan yang tular tersebut tidak mempunyai pengesahan daripada mana-mana pihak polis yang terbabiy siasatan kes itu..

Memberitahu Utusan Malaysia, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya sebelum ini ada memaklumkan kejadian berlaku apabila Faisal berjalan menuju ke ke arah kenderaan miliknya.

“Kita sama sekali tidak pernah ada keluarkan kenyataan kereta digunakan Toyota Vellfire, mahupun daripada saya (KPN), Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain atau Ketua Polis Selangor (Datuk Hussein Omar Khan).

“Yang didedahkan sebelum ini, Faisal sedang berjalan ke arah keretanya dan suspek dipercayai menunggang motosikal.

“Jadi, tidak timbul isu bercanggah laporan dikeluarkan polis. Ia dilaporkan media, tidak tahu sumber mereka dari mana,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Justeru, Razarudin mengingatkan semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes terbabit.

“Sumber yang sah hanya daripada pihak polis, jadi apa-apa maklumat kami akan kongsi,” ujarnya.

Semalam, tular rakaman litar tertutup kejadian simbah asid membabitkan Faisal di sebuah pusat beli-belah di sini, 5 Mei lalu yang menunjukkan seorang lelaki yang memakai topi dan bahagian muka dilindungi kain dalam keadaan berdiri berada di antara beberapa kenderaan lain.

Lelaki itu kemudian meluru ke arah Faisal dan terus menyimbah cecair daripada botol dipegangnya beberapa kali.

Kejadian itu juga disaksikan beberapa individu berhampiran selain wanita dipercayai isteri Faisal.

Ketika kejadian, turut dilihat seorang lelaki bermotosikal dipercayai seorang lagi suspek yang menunggu berhampiran kenderaan Faisal iaitu jenis BMW.

Susulan itu, polis membuka siasatan bagi mengesan pihak yang menyebarkan video rakaman CCTV tersebut untuk tindakan mengikut Seksyen 203A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Rata-rata netizen mempersoalkan kenderaan yang digunakan Faisal sebelum ini ekoran terdapat laporan mendakwa jenis Toyota Vellfire.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×