Polis jejak dua lelaki lepaskan tembakan ke arah rumah pemandu lori

Polis jejak dua lelaki lepaskan tembakan ke arah rumah pemandu lori

KEADAAN kereta yang terkena tembakan dalam kejadian di Kampung Alor Pinggan, Gelang Mas, Pasir Mas, Kelantan hari ini-UTUSAN/ROHANA MOHD. NAWI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Polis Kelantan sedang menjejaki dua lelaki yang  menaiki sebuah motosikal jenis Y15 dipercayai melepaskan empat tembakan ke arah rumah pemandu lori di Kampung Alor Pinggan, Gelang Mas dekat Pasir Mas awal pagi tadi.

Ketua Polis negeri Datuk Muhamad Zaki Harun bagaimanapun berkata, pihaknya sedang mengenalpasti identiti kedua-dua suspek tersebut.

Menurutnya, selepas melepaskan tembakan itu kedua-dua suspek dipercayai melarikan diri ke arah Bunut Susu.

“Polis menerima laporan kejadian itu pada pukul 4.42 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian. Pemeriksaan di kawasan depan rumah itu menjumpai empat kelongsong peluru di atas jalan.

“Kelongsong yang ditemukan di lokasi kejadian itu disyaki jenis 9 milimeter (mm). Pengadu mendapati kereta jenis Perodua Viva milik sepupunya ditembak pada cermin bahagian belakang dan sisi kiri kereta itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Muhamad Zaki memberitahu, pada masa masa trak pikup jenis  Mitsubishi Triton yang berada di depan rumah berkenaan turut ditembak pada bahagian fender kiri.

Katanya, kejadian itu bagaimanapun tidak melibatkan kecederaan mana-mana individu dan hanya melibatkan kerosakan dua buah kenderaan sahaja.

“Polis sedang menyiasat motif kejadian dan sedang mengenal pasti dua lelaki menaiki motosikal jenis Yamaha Y15 yang dipercayai terlibat dalam kes itu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39 Akta Senjata 1960 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan. 

Utusan Online sebelum itu melaporkan, tidur nyenyak seorang pemandu lori terganggu selepas dikejutkan dengan bunyi empat das tembakan dilepaskan oleh individu tidak dikenali di Kampung Alor Pinggan, Gelang Mas, di sini awal pagi tadi.

Tembakan yang dilepaskan sekitar pukul 3.30 pagi telah mengenai sebuah kereta dan trak pikap yang berada dihadapan rumahnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya