Pokok tumbang: Laluan  Monorel Hang Tuah-Medan Tuanku tergendala 

Pokok tumbang: Laluan  Monorel Hang Tuah-Medan Tuanku tergendala 

LALUAN Monorel Hang Tuah-Medan Tuanku tergendala akibat pokok tumbang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Semua Stesen Monorel antara Stesen Hang Tuah dan Medan Tunku tidak  beroperasi susulan kejadian pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail di ibu negara hari ini.

Susulan insiden itu, Rapid KL menerusi kenyataan berkata, pengguna masih boleh menggunakan perkhidmatan alternatif seperti KL Sentral – LRT KL Sentral/MRT Muzium Negara, Hang Tuah – LRT Hang Tuah, Bukit Bintang-MRT BB, Bukit Nanas – LRT Dang Wangi dan Titiwangsa – LRT & MRT Titiwangsa.

“Kami memohon maaf atas kesulitan. Terima kasih atas kesabaran anda,” kata kenyataan tersebut.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan beberapa individu dikhuatiri terperangkap selepas kenderaan dihempap pokok tumbang dalam kejadian di Jalan Sultan Ismail berhampiran sebuah hotel hari ini.

Dalam kejadian pukul 3 petang itu turut mengakibatkan kesesakan teruk di lokasi berkenaan.

Pusat Info Trafik dan Kawalan Lampu Isyarat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (KLCCC DBKL) melaporkan, sebatang pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail.

Menurutnya, ketika ini pasukan renjer, bomba, polis dan warden trafik berada  lokasi untuk kerja menyelamat dan mengalihkan pokok. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×