Pengawal keselamatan jaga parkir OKU elak salah guna - Utusan Malaysia

Pengawal keselamatan jaga parkir OKU elak salah guna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) akan menempatkan pengawal keselamatan di ruang letak kereta Orang Kurang Upaya (OKU) di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini bertujuan mengelak salah guna.

Pengarah Kesihatan Johor, Dr. Mohtar Pungut berkata, tindakan itu diambil ekoran aduan seorang pemandu lelaki OKU yang terpaksa menunggu lama walaupun selepas menerima rawatan kerana keretanya dihalang kenderaan lain.

Menurut beliau, kejadian menimpa lelaki kudung sebelah kaki itu berlaku pada pukul 10.10 pagi, kelmarin.

“HSI menyediakan sebanyak lapan lot kemudahan parkir OKU. Semua kemudahan OKU telah dipenuhi dan diaturkan pengawal keselamatan bertugas dalam petak khas yang disediakan pada waktu pagi.

“Namun menjelang tengah hari, anggota sama perlu mengawal aliran trafik di laluan keluar Jabatan Kecemasan dan Trauma (JKT) susulan kerja pembaikan jalan di depan Auditorium Sri Selasih yang bermula 20 Mei 2024 hingga 21 Jun 2024,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Dr. Mohtar, sehubungan itu, langkah penambahbaikan akan diambil segera seperti antaranya pengawal keselamatan bertugas di lokasi parkir OKU akan memberi tumpuan penjagaan di kemudahan berkenaan.

Terdahulu, sebuah video berdurasi 41 saat tular di media sosial yang memaparkan seorang lelaki OKU kudung kaki kanan terpaksa menunggu untuk pulang kerana kenderaannya dihalang beberapa buah kereta.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya