MARANG: Seramai 20 ahli Koperasi Kariah Masjid Kampung Tebakang, Marang Berhad (Komit) di sini mengusahakan tanaman padi huma di pekarangan rumah mereka di kampung tersebut untuk keperluan sara diri sejak November tahun lalu. Setiausaha Komit, Muhammad Khaidhir Hussin berkata, projek perintis tanaman padi huma tersebut diusahakan empat ahli koperasi itu yang ditanam di atas tanah, pasu dan bekas plastik. Menurutnya, padi yang diusahakan empat penduduk itu menunjukkan kejayaan apabila mengeluarkan…










