Pasangan kembar dapat 10A SPM 2023

Pasangan kembar dapat 10A SPM 2023

Muhammad Arif Naufal Nazri dan adiknya, Nur Ain Maisarah Nazri menunjukkan keputusan SPM 2023 kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sentiasa me­nga­malkan solat duha antara faktor utama yang menyumbang kepada keputusan cemerlang pasangan kembar sehingga berjaya meraih 10A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023.

Muhammad Arif Naufal Nazri dan Nur Ain Maisarah Nazri, kedua-duanya berusia 17 tahun yang mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor berkata, mereka tidak menyangka keputusan yang diperoleh secemerlang itu.

“Kami berdua memang tidak sangka boleh dapat 10 A dalam keputusan SPM tahun ini, rasa sangat bersyukur dan terharu sebab usaha selama ini berjaya.

“Keputusan cemerlang ini saya dedikasikan buat ibu bapa dan guru yang sentiasa memberikan sokongan kepada kami berdua,” kata anak kepada pasangan guru tersebut.

Ditanya rahsia kejayaan, dua beradik itu mengatakan, tiada apa yang berbeza dengan pelajar-pelajar lain melainkan amalan solat sunat duha yang diamalkan mereka.

“Apabila menjelang tarikh untuk peperiksaan SPM 2023, saya dan Naufal setiap hari akan ke surau untuk mendirikan solat sunat duha,” katanya.

Selain itu, mereka juga memang sentiasa fokus ketika di dalam kelas dan sering bertanya kepada guru-guru sekiranya tidak faham atau mempunyai kesulitan dengan subjek yang diajarkan.

“Memandangkan kami berada di kelas yang sama, kami sering berbincang dan bertemu dengan guru terus sekiranya ada beberapa perkara yang kami tidak faham,” ujarnya.

Mengenai perancangan masa hadapan, Muhammad Arif me­rancang meneruskan pengajian dalam bidang sains fizikal manakala Nur Ain Maisarah mahu melanjutkan pengajian dalam bidang sains hayat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN