Mizuka ubah tanggapan Orang Asli malas belajar

Mizuka ubah tanggapan Orang Asli malas belajar

Mizuka Janneysan (tengah) bersama ibu bapa dan adiknya selepas mengambil slip keputusan SPM di Gua Musang, Kelatan. – UTUSAN AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Tanggapan anak Orang Asli malas belajar, menjadi pendorong kejayaan seorang gadis sebagai pelajar terbaik Orang Asli dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 peringkat negeri Kelantan.

Mizuka Janneysan, 18, pelajar Orang Asli suku kaum Temiar Sekolah Menengah Sains Gua Musang yang tinggal di Kampung Taman Sri Galas di sini mencipta sejarah dalam kalangan pelajar Orang Asli di negeri ini apabila mendapat keputusan cemerlang 4A 5B.

Menurut Mizuka, kejayaan itu untuk ibunya, Molika Aziz, 36, dan bapanya, Janneysan Jabbar, 36, yang banyak memberi semangat kepadanya.

“Saya bersyukur dapat membuktikan kepada keluarga bahawa saya dapat buat yang terbaik walaupun kami berasal dari kaum minoriti Orang Asli dan tinggal di kawasan pedalaman.

“Saya berbangga kerana dapat membuktikan Orang Asli di kawasan luar bandar boleh berjaya sekiranya mereka rajin berusaha,” katanya yang merupakan anak pertama dari empat adik-beradik.

Mizuka memberitahu, dia menggunakan media sosial sebagai media pembelajaran bagi menghadapi peperiksaan SPM tahun lalu.

Katanya, sepanjang musim cuti persekolahan dia banyak merujuk media sosial seper­ti TikTok dan Google untuk membantunya dalam pelaja­ran terutama subjek yang tidak mahir.

Sementara itu, ibu Mizuka, Molika berkata, dia berbangga dengan pencapaian anak pe­rem­puan sulungnya itu yang memperoleh keputusan cemerlang.

“Saya harap kejayaannya pada hari ini akan menjadi penyuntik semangat kepada tiga lagi adiknya untuk berjaya dalam pelajaran,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN