MELAKA: Siapa sangka dengan hanya tinggal di sebuah inap desa di negeri ini boleh memenangi cabutan bertuah iaitu sebuah kereta sempena Tahun Melawat Melaka (TMM) 2024. Itu saat paling menggembirakan buat seorang suri rumah, Kamarul Aini Harun, 40, dari Banting, Selangor apabila dihubungi oleh Perodua memaklumkan dia memenangi Perodua Aruz. “Saya terima pesanan WhatsApp daripada pihak Perodua meminta nombor kad pengenalan dan nama penuh serta memaklumkan saya menang Perodua Aruz.…










