MELAKA: Kerajaan negeri menubuhkan Jawatankuasa Cantasan Pokok untuk menyelaras kerja-kerja memotong dan memangkas dahan pokok tua bagi mengelakkan insiden seperti yang berlaku di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur berulang. Pengerusi Kanan Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Melaka, Datuk Rais Yasin berkata, jawatankuasa itu telah diluluskan penubuhannya dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), baru-baru ini. Menurutnya, ia bukan sahaja melibatkan semua empat pihak berkuasa tempatan (PBT)…










