Masyitah beransur pulih, jalani empat pembedahan

Masyitah beransur pulih, jalani empat pembedahan

KEADAAN kesihatan Siti Nurul Masyitah dilaporkan beransur pulih selepas menjalani beberapa pembedahan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Keadaan atlet kayak kebangsaan, Siti Nurul Masyitah Md. Elias yang cedera dirempuh sebuah kereta dipandu lelaki mabuk, baru-baru ini menunjukkan perkembangan positif.

Abangnya, Muhammad Syafiq, 29, memberitahu, adiknya telah selamat menjalani empat pembedahan termasuk bagi menutup luka pada bahagian belakang badan.

Sebelum ini, atlet berusia 22 tahun itu telah menjalani beberapa pembedahan termasuk pada bahagian bahu dan tulang pelvis dan bakal menjalani beberapa pembedahan lagi dalam tempoh terdekat di Hospital Columbia Asia, di sini.

“Saya tidak pasti berapa lagi pembedahan yang perlu dijalani Uda, namun doktor menyatakan seperti banyak lagi pembedahan yang perlu dilalui termasuk menjalani fisioterapi.

“Pembedahan plastik masih belum dijalankan dan Uda kini masih lagi menerima rawatan di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu. Setakat ini semua keperluan Uda  mencukupi dan harapnya proses pemulihan berjalan lancar,” katanya di sini hari ini.

Pada 11 Mei lalu, media melaporkan pelajar semester enam jurusan Diploma Kejuruteraan Mekanikal Pembuatan di Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) itu terlibat kemalangan di Lebuhraya Penyuraian Trafik Timur (EDL)

Siti Nurul Masyitah merupakan salah seorang skuad pemenang pingat gangsa perahu naga pada Sukan SEA 2023. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN