‘Masak untuk jemaah haji juga jihad’

‘Masak untuk jemaah haji juga jihad’

HASMADI Sulaiman memeriksa pek makanan sebelum dihantar kepada jemaah haji.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEKAH: Tidak pernah terlin­tas dalam fikiran Hasmadi Su­laiman, 47, untuk menjadi tu­kang masak di Mekah dan ber­khidmat ketika musim haji di awal pembabitan kerjayanya.

Bagaimanapun, hatinya ter­buka selepas melihat iklan pe­ngambilan tukang masak di Mekah beberapa tahun lalu.

Dia kemudiannya membuat permohonan sebanyak dua kali sebelum diberi kepercayaan men­jadi petugas haji bagi mu­sim 1445H/2023M.

“Saya pilih untuk sertai pe­tu­gas kali ini kerana mahu me­nyahut cabaran sebagai tukang masak jemaah haji yang dikatakan mencabar. Ini penga­laman pertama saya sebagai tukang masak untuk tetamu Allah SWT.

“Alhamdulillah setakat dua minggu ini, saya mampu mengharungi segala kepayahan. Se­karang hanya menunggu ca­ba­ran lain sehingga mencecah ta­hap maksimum di dapur iaitu memasak 4,000 pek makanan apabila semua jemaah sudah tiba,” katanya yang berasal dari Sungai Nibong, Pulau Pinang.

Hasmadi yang berpengalaman lebih 15 tahun dalam bidang masakan berkata, walaupun dia mempunyai perniagaan restoran sendiri, peluang ber­khidmat kepada jemaah haji me­rupakan satu kelainan yang memberi kepuasan sendiri.

Menurutnya, dia tidak kisah menutup operasi di restoran miliknya untuk sementara waktu bagi memberi laluan dengan tugasan di Mekah.

“Saya sudah berniat datang di sini (Mekah) untuk ‘berjihad’. Apa sahaja niat kita buat, Insya-Allah SWT akan dipermudahkan.

“Saya tutup perniagaan di Taman Putra Perdana, Puchong selama 60 hari, saya tak takut rugi kerana rezeki Allah SWT bagi,” jelasnya.

Tambah Hasmadi, memasak di Mekah sangat berbeza kerana ia menuntut keikhlasan ber­khidmat untuk jemaah haji.

“Di samping, kita tidak boleh memasak seperti di Malaysia. Kalau barang tiada kita perlu harungi juga dan perlu pandai ubah masakan.

“Kita juga perlu mempunyai mental yang kuat sebab pertuturan antara cabarannya. Cuma kerja di sini lebih seronok dan enjoy,” akuinya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN