Letupan bom motosikal di Narathiwat cederakan dua rakyat Malaysia

Letupan bom motosikal di Narathiwat cederakan dua rakyat Malaysia

KEADAAN lokasi kejadian letupan bom motosikal di Jalan Phu Pha Phakdi, Daerah Mueang, Wilayah Narathiwat, Thailand malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Dua rakyat Malaysia cedera ringan dalam insiden letupan bom motosikal di Jalan Phu Pha Phakdi, Daerah Mueang, Wilayah Narathiwat, Thailand malam tadi. Kejadian pukul 9.35 malam waktu Thailand itu turut mengakibatkan enam lagi individu mengalami kecederaan. Kesemua mangsa yang terlibat dalam kejadian itu berusia antara 20 hingga 30-an. Sementara itu, Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut. Katanya, kedua-dua mangsa hanya mengalami kecederaan ringan. “Mereka yang terlibat berasal dari Kelantan,” ujarnya.-UTUSAN

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN