Lelaki jatuh bot ditemukan lemas selepas 24 jam hilang - Utusan Malaysia

Lelaki jatuh bot ditemukan lemas selepas 24 jam hilang

ANGGOTA JBPM Kelantan membawa naik mayat mangsa yang ditemukan lemas semasa mengangkat bubu dalam kejadian di Kampung Kutan Sungai, Wakaf, Bharu, Kelantan-UTUSAN/ROHANA ISMAIL.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang lelaki ditemukan selepas lebih 24 jam terjatuh dari botnya semasa sedang mengangkat bubu di Sungai Kelantan di Kampung Kutan Sungai, Wakaf Bharu, di sini, semalam.

Mayat Saidi Che Hassan, 51, ditemukan pada pukul 12.15 tengah hari oleh penduduk kampung yang menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) tidak jauh dari lokasi mangsa terjatuh.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, Zainal Madasin berkata, mayat mangsa sudah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Bagaimanapun SAR melibatkan seorang lagi mangsa berusia 28 tahun yang terjatuh dari Jambatan Sultan Yahya Petra semalam.

“Ketika ini, JBPM Kelantan mendapatkan khidmat dari unit anjing pengesan (K9) sehingga mangsa ditemukan,” katanya.

Utusan Malaysia semalam melaporkan, seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari botnya semasa sedang mengangkat bubu di Sungai Kelantan berhampiran Kampung Kutan Sungai, Wakaf Bharu, di sini, hari ini.

Dalam kejadian pukul 10.17 pagi itu berlaku ketika mangsa Saidi Che Hasan,51, menaiki bot berkenaan secara seorang diri.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN