KOTA BHARU: Lebih 20,000 rakyat negeri Che Siti Wan Kembang membanjiri Sambutan Aidilfitri Peringkat Kelantan di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong di sini malam ini sekali gus bertemu secara langsung dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kemeriahan sambutan itu dirasai apabila orang ramai mula membanjiri kawasan ini seawal pukul 5 petang walaupun majlis sebenar bermula pada jam 7 malam.
Ini merupakan kali pertama Ahli Parlimen Tambun itu mengadakan kunjungan rasmi ke serambi Mekah.
Anwar yang mengenakan baju Melayu lengkap bersampin tiba
pada pukul 8.10 malam diiringi Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd. Nassaruddin Daud.
Turut hadir Menteri Pelancongan Datuk Seri Tiomg King Sing, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu serta Menteri Sumber Asli, Kelestarian Alam (NRES) Nik Nazmi Nik Ahmad.
NRES merupakan penganjur utama untuk sambutan ini sementara Kerajaan Kelantan merupakan tuan rumah.
Tahun lalu, majlis sambutan tersebut berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV, disini.-UTUSAN










