Lapan lokasi berlaku pokok tumbang di Seremban - Utusan Malaysia

Lapan lokasi berlaku pokok tumbang di Seremban

SEBATANG pokok yang tumbang telah mengenai sebuah rumah dalam kejadian di Taman Limau Emas, Seremban, petang tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Sebanyak lapan lokasi di daerah ini dilaporkan berlaku kejadian pokok tumbang dan dahan patah susulan angin kuat serta hujan lebat petang tadi. 

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Seremban, Kapten (PA) Mohamad Ridzuan Mohamed Buniran berkata, dalam tempoh sejam pihaknya menerima laporan pokok tumbang di lapan lokasi.

“Berikutan itu, kami telah gerakkan tiga pasukan ke lokasi kejadian yang melibatkan keanggotaan kira-kira 15 anggota,”katanya ketika dihubungi. 

Beliau berkata, lapan lokasi kejadian pokok tumbang yang dilaporkan berlaku adalah di Jalan Matahari 1/1, Taman Matahari Heights; Taman Sri Kasih, Senawang; Jalan Kampung Tengah, Kampung Sungai Jai, Lenggeng dan Jalan Sri Pulasan 3, Taman Sri Pulasan. 

“Lokasi lain adalah di Jalan Utama Taman Mantau Indah 3, Jalan Mantau Indah, Mantau;  Kampung Linsum, Rantau; Bukit Temiang, Seremban dan Jalan Limau Emas 2, Taman Limau Emas, Seremban.

“Setakat ini, daripada tujuh lokasi ia telah menyebabkan halangan pada laluan sementara iaitu di Jalan Limau Emas 2, Taman Limau Emas di mana dilaporkan pokok yang tumbang itu telah menghempap kereta dan rumah.

“Bagaimanapun, kerja-kerja mengalihkan pokok tumbang di Taman Limau Emas  sedang giat dijalankan dan lain-lain lokasi sebahagian kerja-kerja pembersihan kawasan telah selesai dijalankan,”katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paroi, Kamarol Ridzuan Md Zain berkata, di kawasan Senawang sahaja terdapat tiga kejadian pokok tumbang dilaporkan berlaku. 

“Saya berharap pihak berwajib dapat mengambil tindakan segera kerana perkara ini telah pun saya bangkitkan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) baru baru ini, namun tiada tindakan tegas dari pihak kerajaan.

“Janganlah menggadai keselamatan penduduk dan sila bertindak pantas untuk selesaikan isu ini sebelum perkara tidak diingini berlaku,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×