PETALING JAYA: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyalurkan sebanyak RM189 bilion kepada pengurus dana luaran untuk dilaburkan dalam ekuiti dan instrumen pendapatan tetap, setakat Disember tahun lalu. Jumlah itu mewakili 17 peratus daripada keseluruhan aset pelaburan KWSP. Pengerusi KWSP, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir berkata, barisan pengurus dana luaran KWSP telah menghasilkan pulangan yang baik tahun lepas dengan mencatatkan jumlah pendapatan tertinggi. Katanya, pulangan yang dicatatkan itu adalah kira-kira…










